Wednesday, February 15, 2012

Friday, November 18, 2011

november rain,it's so pain,i lost my precious in my life again,
Daddy...missing you badly.. my luv to you is truly n sincerely,


Saturday, March 12, 2011

indahnya alam ini...bila la dapat peluang lagi untuk pergi berkelah di air terjun sekayu. last time pergi aku tak dapat mandi kerana kaki seliuh. ehehehe so next trip aku akan pastikan aku boleh mandi sepuas2nya....tapi sekarang masih lagi musim hujan. agak bahaya untuk pergi mandi manda. So Air yang paling berani just wait for me huh..ok have to go...hujan lebat btol...semalam jepun di landa tsunami...semoga kami semua di Malaysia ini sentiasa selamat hendaknya....

salam tahun baru

as salam,
dah hampir setahun tak menjegah blog ini. almaklumla sibuk sangat...lagipun sibuk duk update blog yang satu lagi. tapi blog itu hanyalah luahan hati aku yang hanya untuk tatapan ku dan hanya tuhan yang tahu apa yang aku rasakan setiap hari.

aku masih lah mencari..mencari sesuatu yang tak pasti. dan rasanya belum terlewat lagi untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada semua walaupun hari ni dah 12 mac 2011. azam ku tahun ni untuk jadi seorang manusia yang lebih cemerlang dari tahun lepas. dan juga untuk menjadi orang berguna kepada semua. perkara asas yang perlu ada ialah belajarlah untuk senyum dalam menghadapi semua dugaan dan rintangan.

wassalam...n jumpa lagi

Friday, April 23, 2010

watching Al Kuliyyah with topic Bahagia Hakiki....bahagiakah ku...
mungkin bahagia jika ku sentiasa bersyukur...jadi aku kena sentiasa bersyukur...sentiasa jauh dr sifat putus asa...sentiasa bersabar...bahagiakah andai ku hidup sendiri...andai ku tiada tempat bergantung dan mengadu...apakah yang perlu aku cari lagi...dah sampai waktunya utk ku membina keluarga...membina empayar ku sendiri...kerjaya yg stabil...hati yg sentiasa tenang...
ya Allah...aku berserah diri pd Mu ...ampunkanlah dosa ku...

Thursday, October 15, 2009

Hari ini hari yang tidak indah bagiku. Walaupun ada kegembiraan dan saat2 bahagia dikalangan orang-orang yang dekat dengan aku, tapi tidak hatiku dan diriku. Hati kecil ku menangis. Ada sendu dalam tawa hilai ku. Ada pedih dalam senyumku. Ya Allah, berilah aku kekuatan dan ketenangan. Sesungguhnya aku redha dengan segala ketentuanmu. Segala yang terjadi ada hikmahnya, ada baik dan buruknya. Memang benar luka dihati lebih perit dari luka di tangan. Walaupun luka ditangan keluar darah membuak2, sehingga ternampak tulang didalam badan..peritnya tak seperit sakit di hati. Allah, jauhkan lah sakit dihatiku, biarlah akal sentiasa menguasai nafsu. Aku percaya tika dan saatnya untuk kebahagian dan kemenangan untuk diriku pasti akan muncul. Segalanya pasti akan baik2 aje. Awan berarak mendung pasti pergi...pergi dibawa angin. pergi jauh dari diriku..ku yakin, ombak bergelora di laut pasti akan tenang semula. Ku pasti pelangi indah akan muncul untuk ku, bersinar cantik selepas hujan yang lebat. Walaupun datang taufan menggila, ku pasti akan teguh sentiasa. Aku yakin dengan segala ketentuan mu Ya Allah.....

Saturday, August 29, 2009

Roda..

Aku tertanya2, betul ke hidup ini umpama roda. Kadang diatas, kadang dibawah. Sampai masanyer, kita boleh berada dibawah dan kita juga pasti akan naik ke atas. Kalau ku katakan hidup ini macam roda yang tak bergerak boleh diterima ke. Aku dapat rasakan aku ni sentiasa dibawah. Sentiasa menjadi pilihan terakhir, sentiasa dianiayai, sentiasa dikutuk. Hidupku seperti sentiasa di halangi rintangan yang besar. Tapi ku sedar,segalanya ketentuan dari Allah s.w.t yang maha mengetahui. Aku redha. Mungkin apa yang kulihat disekelilingku dugaan bagi ku semata2. Ku pasti apa yang ku rasakan in adalah salah. Ku lihat orang2 terdekat dengan ku dan juga teman seperti mempunyai jalan yang lurus, yang senang, yang mudah, tiada rintangan..sentiasa berjaya, berbahagia dan cemerlang. Tapi aku...seperti terlalu sukar untuk ku harungi. Adakah aku tak kuat atau jalan ku ini tidak lurus. Apapun aku bersyukur dengan apa yang aku ada dan tidak ada. Segala yang berlaku pasti ader hikmahnyer. Disebalik mendung kelabu pasti ader sinaran matahari yang terang, yang bersinar untuk ku. Walaupun hujan ditengah panas, pasti akan ada pelangi yang muncul selepas hujan. Pasti ader sinar kebahagian untuk ku dan ibubapa aku. Aku perlu kuat dan cekal dalam hidup ini. wassallam...