Saturday, August 29, 2009

Roda..

Aku tertanya2, betul ke hidup ini umpama roda. Kadang diatas, kadang dibawah. Sampai masanyer, kita boleh berada dibawah dan kita juga pasti akan naik ke atas. Kalau ku katakan hidup ini macam roda yang tak bergerak boleh diterima ke. Aku dapat rasakan aku ni sentiasa dibawah. Sentiasa menjadi pilihan terakhir, sentiasa dianiayai, sentiasa dikutuk. Hidupku seperti sentiasa di halangi rintangan yang besar. Tapi ku sedar,segalanya ketentuan dari Allah s.w.t yang maha mengetahui. Aku redha. Mungkin apa yang kulihat disekelilingku dugaan bagi ku semata2. Ku pasti apa yang ku rasakan in adalah salah. Ku lihat orang2 terdekat dengan ku dan juga teman seperti mempunyai jalan yang lurus, yang senang, yang mudah, tiada rintangan..sentiasa berjaya, berbahagia dan cemerlang. Tapi aku...seperti terlalu sukar untuk ku harungi. Adakah aku tak kuat atau jalan ku ini tidak lurus. Apapun aku bersyukur dengan apa yang aku ada dan tidak ada. Segala yang berlaku pasti ader hikmahnyer. Disebalik mendung kelabu pasti ader sinaran matahari yang terang, yang bersinar untuk ku. Walaupun hujan ditengah panas, pasti akan ada pelangi yang muncul selepas hujan. Pasti ader sinar kebahagian untuk ku dan ibubapa aku. Aku perlu kuat dan cekal dalam hidup ini. wassallam...

puasa 1430 hijrah @ 2009

Hari ini genap seminggu umat islam berpuasa. Alhamdulillah aku masih lagi berpuasa penuh, kalau dah namanyer perempuan memang la ader pengecualian. Syukur aku dapat lagi bertemu dengan Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Aidilfitri tahun ni genap 2 tahun arwah nenek ku pulang ke rahmatullah. Masih terbayang lagi seraut wajah Cik yang amat ku sayangi. Perginya ketika aku bersamanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Cik dan jugak Atuk ku
Kehilangan Chek n Abah bagiku seperti kehilangan tempat ku bermanja selain mak n ayah ku. Dari kecil aku dibesarkan bersama mak, ayah, cik dan abah. Bagiku raya sudah kurang maknanyer lagi. Rindunya aku pada abah dan cik. Setiap insan pasti merasanya mati. Aku belum cukup bekalan lagi, masih ada ruang2 kosong dalam bekalan ku untuk ke akhirat. Ya Allah teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hati ku untuk melawan nafsu diriku sendiri dan nafsu jahat yang lain. Kurniakanlah rahmat mu, berikanlah kebahagiaan dunia dan akhirat untuk ku dan ibubapaku,arwah atuknenekku,adikberadik ku,ahli keluarga ku, kaum muslimin dan muslimat.
Amin.