Saturday, August 29, 2009

Roda..

Aku tertanya2, betul ke hidup ini umpama roda. Kadang diatas, kadang dibawah. Sampai masanyer, kita boleh berada dibawah dan kita juga pasti akan naik ke atas. Kalau ku katakan hidup ini macam roda yang tak bergerak boleh diterima ke. Aku dapat rasakan aku ni sentiasa dibawah. Sentiasa menjadi pilihan terakhir, sentiasa dianiayai, sentiasa dikutuk. Hidupku seperti sentiasa di halangi rintangan yang besar. Tapi ku sedar,segalanya ketentuan dari Allah s.w.t yang maha mengetahui. Aku redha. Mungkin apa yang kulihat disekelilingku dugaan bagi ku semata2. Ku pasti apa yang ku rasakan in adalah salah. Ku lihat orang2 terdekat dengan ku dan juga teman seperti mempunyai jalan yang lurus, yang senang, yang mudah, tiada rintangan..sentiasa berjaya, berbahagia dan cemerlang. Tapi aku...seperti terlalu sukar untuk ku harungi. Adakah aku tak kuat atau jalan ku ini tidak lurus. Apapun aku bersyukur dengan apa yang aku ada dan tidak ada. Segala yang berlaku pasti ader hikmahnyer. Disebalik mendung kelabu pasti ader sinaran matahari yang terang, yang bersinar untuk ku. Walaupun hujan ditengah panas, pasti akan ada pelangi yang muncul selepas hujan. Pasti ader sinar kebahagian untuk ku dan ibubapa aku. Aku perlu kuat dan cekal dalam hidup ini. wassallam...

No comments:

Post a Comment